Isnin, 26 November 2012
Kekasih vs Cinta
!!!ceritera!!
Pukul 2.30 pagi telefon aku berdering , lagu i'm your by jazon mraz nada dering aku pilih , awalnya aku biarkan sahaja , tapi telefon berbunyi lagi , aku angkat dan kedengaran suara orang tengah sedih , aku bingkas bangun risau apa yang terjadi , aku lupa , swaktu aku angat tak tengok panggilan dari siapa , oh dia rupanya , kawan aku kenal tak lama dulu , tapi selalu meluahkan perasaan dekat aku , tak kira tentang apapun , pasti cari aku .
Diam dan dengar sahaja apa dia ingin sampaikan , aku diam dan diam , mendengar dengan teliti walaupun tak jelas tapi aku cuba memahami , aku selami cuba untuk mengalami, walupun pada hakikatnya bukan mudah untuk aku memahami dalam keadaan yang mata ingin sangat tertutup , tapi aku rasa aku perlu ada disisnya buat masa ini .
Hubungan mereka dah berakhir , itu yang diakatakan , aku terkejut dengan khabaran berkenaa, aku terdiam seketka dan kedengaran tangisan mula membasahi pipih si kecil molek , aku minta dia bersabar , itu pasti ada hikmahnya , aku bertanya apa yang terjadi sebenarnya , kes perempuan lain katanya , aku sudah agak dari awalnya , itu spekulasi walnya , ternyata bernar juga , perempuan itu salah satu kawan aku juga.
Terkejut bila aku mengetahui ,pengakhiran cintanya kerana orang ketiga , rakan sendiri punya angkara , menjadi orang ketiga dalam cerita mereka , dia sibuk dengan assigment , lelaki pergi mencari cinta , tidak di pedulikan sebab utama perpisahan terjadi , tidak memahami dan tidak seiras itu penjelasan yang diberikan ,sungguh tidak gentelman lelaki berkenaan , mahunya ku langgar dengan traler sahaja sudah diberi wanita yang baik budi pekerti , elok asal usulnya , pergi pula mencari bunga yang lain . seorang yang tamak haloba itu yang aku gambarkan.
p/s: Hapuskan airmata mu , jangan bazirkan hanya kerana orang yang tidak menghagaimu....kembali senyum ..:)
Khamis, 15 November 2012
En. Kedah!
!!!ceritera!!!
En. Kedah! , itu gelaran aku panggil untuknya , sebab dia berasal dari kedah, lagi pun awal mulanya aku tak tahu nama dia , aku dengan dia rapat sejak setahun yang lalu , bila dia tunggu result spm aku pula tengah prepare duduk exam spm pula , awal mula kisah aku dengan dia waktu dia sibuk usha aku di alam maya , sebab aku pergi like picture anime dia , entah tiba-tiba aku masuk dalam group animle pula , ini semua kerjanya, oh aku lupa dia pencinta haiwan rasanya , sebab suka sangat post kucing yang comel-comel , aku like saja la.
Tak perlu la bagi mention nama dia , nanti dia kembang setingkat pula , sebab entry kali nie untuknya, waktu aku buat entry nie , dia pun sibuk mesej aku, biasa cuti maal hijrah katanya, kelas pun mula esok rasanya , aku agak saja. Cuaca dekat sini macam nak ujan saja , aku rasa nak tidur pun ada , tapi kalau dia tahu aku tidur petang mesti dia marah .
Dulu aku tak rapat sangat dengan dia , mesej pun dua tiga sahaja , hanya ucap salam , lepas tu menghilang , tapi dia selalu ada bila aku perlukan , entah kenapa datang bila aku seru dan macam hantu , tapi dia cool orangnya , tak da apa-apa itu la ayat dia bila aku tanya .
Sekarang dia study dekat poli , poli perlis katanya , aku iyakan saja sebab aku tak pernah pergi sana , tengok dalam tv saja , kejuteraan ict kos dia dekat sana , aku tak tahu itu benda apa , tapi aku harap dia berjaya INSYALLAH. Sebab dia kata tinggal dia seorang lagi yang belum berjaya , semua abang dan kakaknya dah ke menara gading katanya . Dia anak bongsu anak mak aku kata , itu saja la ayat yang boleh aku kenakan dia , dia hanya ketawa tapi itu sudah cukup buat kami bahagia.
Banyak cerita aku dan dia kongsi sama-sama , kehidupan aku dan dia tak kurang hebatnya, dia ank peneroka dan aku anak penjual sayur sahaja, tapi itu tak jadi masalah , kami tetap bersama. Dia jarang kongsi masalah , aku sahaja yang selalu bercerita dia hanya menjadi pendengar setia dan memberikan nasihat yang berguna , untuk aku handle masalah yang ada,kadang-kadang aku rasa dia macam penyelamat sahaja, bila aku perlu dia datang dengan segera. sebab tue aku tak mahu dia dengan siapa-siapa , sebab aku tak mahu kehilangan dia .
Aku keluar dari uitm sebab ada masalah , dia juga yang bagi semagat untuk aku terus belajar, dia kata dekat mana-mana belajar kalau nak berjaya , berjaya juga tak kisah berada di mana, yang penting ada kemahuan pasti ada jalan, itu la kata-katanya untuk aku simpan di dadah buat penguat untuk aku belajar semula.
Jujur aku dengan dia sangat rapat , ke mana saja kita inform walaupun kadang- kadang tak perlu , tapi tetap bagi tahu , sehari tak mesej macam tak biasa , itu aku kata . Selalu tercari-cari , Kawan-kawan aku kata dia ny baik orangnya , tengokla dengan siapa dia berkawan aku gelak sahaja, aku dengan dia dah macam satu pasangan . tapi kami hanya kawan. Diakata aku punya picture kat alam maya macam najwa , tapi dia kata macam yuna juga , aku gelak saja ,
*Lagu ny tuk koe seorang sahaja......:)
p/s : Kawan yang selalu mendukung aku , walaupun kau jauh , aku tetap sayang kau.
Rabu, 14 November 2012
Tentang K.I.T.A
Orang-orang sekeliling cakap kami "GENK AYU " , kadang-kadang kami menagguk dan tersipu malu, walaupun mereka tak tahu, yang kami ini sebenarnya bukanlah ayu , tapi kami memang pemalu.
Iyma , Jusma , Leya , Suri , Ati dan Dang , itu nama manja diorang , Kami selalu guna nama SANZ, untuk nama dihadapan , itu tanda kasih dan sayang. Mereka sangat tabah , mengharungi macam ceritera di usia muda , ada suka dan duka , ada sedih ada gembira , semua bercampur mesra dilalui bersama-sama.
Bukan semua orang suka kami , tapi kami percya ramai orang yang sayang kami. Kadang-kadang merasa dunia ini milik kami , tapi hanya mimpi , kerana pencipta hakiki empunya bumi. Tapi kami bersyukur kerana singgah di bumi ini . Dan saling kenal megenali.
Ceritera kami baru nak mula , yang tadi hanya mukaddimah ,untuk tunjukkan yang kami selalu bersama .
"KAMI ", itu la kata pengikat hubugan persahabatan diantara kami , banyak maksud yang disimpulkan dalam perkataan tadi . Antaranya keiklasan hati kami untuk saling melindungi . Dan bermacam lagi . Kami kawan bukan hanya sehari semalam , tapi dari tingkatan satu sampai tingkatan enam , dan sehingga sekarang , Cuma kami berlainan aliran . Ada yang budak sains dan ada yang kemanusian . Tapi itu bukan satu penghalang untuk kami terus berkawan .
Kegembiraan dan kesedihan di kongsi bersama . Berbincang dan bertukar pendapat itu yang utama . Walaupun kadang-kadang perasaan sukar untuk di fahami , berkongsi adalah cara untuk kami selami, dalami dan cuba untuk sama - sama mengalami . Pendapat selalu diunggkapkan supaya tiada yang tersesat dalam permasalahan. Sama ada masalah cinta dan perasaan atau masalah yang berlainan.
CINTA tidak pernah jauh dari kami . Selalu menghampiri dan cuba mendekati ,tapi cinta tak pernah kami cari . Kami tak mahu disakiti , dan kami percaya cinta yang hakiki adalah cinta yang abadi yang akan datang sendiri .Dan dia pemilik tulang rusuk kiri kami.
*BERSAMBUNG....
Perpisahan sementara..
!!!!ceritera!!!
Aku ada seorang kawan , kawan memang lama, cuma betul-betul rapat dalam setahun dua , dia seorang wanita , seorang hamba allah , tak perlu disebut namanya , tapi aku harap dia baca . kali nie entry aku cerita tentang dia, seorang kawan yang cukup baik punya , kadang-kadang aku selalu kena kan dia sebab dia sabar orangnya , tapi tahu juga dia membalasnya.
Rapat sewaktu tingkatan lima , hingga ke hari nie juga , semoga kawan selamanya , salah satu sebabnya kami duduk di kawasan perumahan yang sama , pergi sekolah sama-sama balik juga sama-sama , kami berlainan kelas pula , dia aliran sains , aku pun sama , cuma ada campuran sikit saja , tapi itu tak jadi masalah , kami tetap selalu bersam-sama.
Dari wajahnya memang jelas kepimpinan yang ditampilkan , seorang ketua kepada unit pengakap disekolah , dia ceria orangnya , kadang-kadang tahu berjenaka dan hebat dalam perbahasan , antara kami kawan tujuh orang , dia paling nampak matang sebab anak kedua daripada enam orang , tapi bila take gambar ,dialah paling buat hal suka buat muka yang spoil! , tapi itu tak jadi masalah.
Banyak benda aku belajar dengan dia , sebab dia cakap aku anak manja, tapi aku mengendahkannya , mungkin itu cuma andainnya sahaja , pendapatnya tentang itu ini , memang banyak sekali kadang-kadang aku ingat dia aku kawan dengan A. samad Said. penuh dengan pujangga , tapi pendapatnya memang baik punya.
Terdidik dari kehidupan yang tak jauh bezanya dengan aku , aku dan dia anak penjual sayur , hidup berdikari nak tinggikan martabat keluarga lagi , adalah impian kami , cita-cita dan harapan keluarga tinggi pada kami . Sebab itu mahu masuk universiti .
* I'm glad FRIENDSHIP does 't come with the price tag ,for it does , i' d never afford some one as great as you
Banyak cerita dan kisah aku dengan dia , kehidupan dan cinta , tapi kini dia dah tiada tapi untuk seketika sebab dia pulang ke kampung halamannya , melintasi lautan china selatan katanya , aku angguk sahaja. Sebelum dia pulang ke kampung janji nak jumpa aku katanya , sebab tak sempat nak bersalaman waktu last day sekolah , sebab time tu aku masih ada paper lagi perlu di selsaikan dan dia dah merdeka buat satu sem sementara , sebab sem depan kami beraksi semula.
Sehari sebelum dia pulang , dya hantar mesej dekat aku , sayu aku baca entah kenapa , macam mahu pisah untuk selamya, sedangkan dia dua sebulan sahaja disana, aku keliru dengan airmata yang mengalir entah tiba-tiba , tapi aku buat cool sahaja waktu chatting dengan dia da alam maya . Akhirnya aku akur dengan airmata , rupannya begini perasaannya bila aku tinggalkan dia tak lama dulu . Aku masih belum biasa , sebab selalunya kami lepak sama, sambil duduk tengok orang pancing ikan , dan menikmati keindahan tuhan , sambil tenagkan fikiran , bila mana jiwa kacau yang datang. oh aku rindu kau kawan!
Snap picture kegemaran aku dan dia , aku cakap kat dia sebelum pulang kampung , bawa balik buah tangan dari sana , aku kata 1000 pic untuk setiap moment mu disana, dia tergamam tak terkata , tapi dia cakap akan buat sedaya upaya , aku akan tunggu hasilnya. Dan aku juga kata , kirim salam dekat yang mana hansome macam Farid kamil ,gagah macam Aaron Aziz, dan romantik macam Adi Putra,,haha , dia tergelak sahaja , tapi aku nak macam Ustaz Don Daniel..tapi itu semua hanya main-main sahaja.
p/s : kawan cepat datang , banyak benda aku nak cerita dengan kau , ikan-ikan pun rindu gila dengan kau..(",)
Selasa, 13 November 2012
Cinta yang sempurana
CERITERA!!!!
Ada seorang kawan lembut hatinya , tak perlu di hebahkan siapa orangnya , yang pasti dia baik budi bahasanya , Kawan dengan dia dari darjah satu dan berharap kekal selamanya. Dah macam laki bini mak aku kata , kongsi apa sahaja , tak pernah ada rahsia. Aku dan dia dah macam spongebob and patric , tapi kartun itu memang kami tak suka. .
Bila aku sedih , dia pun merasa sedih , bila aku gembira kami gelak hingga tak terkata , kadang kadang keluar air mata , kerana merasa sangat bahagia , tapi dalam masa yang sama aku tak tahu dia dihimpit derita ,dia tutup semua masalah, dengan senyuman mesra, hebat tak dia.?
Aku bercinta dia pun bercinta , tapi cintanya lebih luar biasa , cintanya sangat setia pada lelaki yang tak tahu menilai erti cinta. Ceritera cinta ku dah berakhir , dia juga di pengakhiran , tak sangka cinta yang disemai 2 tahun , di curangi dengan biasanya .Ah!...pernah terlintas di kotak fikiran , memang lelaki semua sama.tapi kenyataan itu keluar apabila aku amarah .
Tahun lalu memulakan kisah , antara dia dengan kekasihnya , aku memang tak boleh terima , jika dia dengan kekasihnya , bukan cemburu punya angkara , cuma aku memang tak suka , dengan lelaki yang sedemikian rupa . Hari berganti hari , kami sibuk dengan aktiviti sekolah , lebih-lebih lagi waktu itu piala dunia, aku dengan dia memang gila bola , tambah lagi kami pilih team yang sama , tak sangka SPAIN jadi juara . Disitu mulai kisah percintaanya , kami sibuk nak jadi modal insan yang cermelang , untuk banggakan guru dan keluarga , mereka pula sibuk diulit cinta . bersulamkan pengajian yang hampir dipengakhirannya , kerana kami budak tingkatan lima.
Berkenalan agak lama , dari tingkatan empat rupannya , aku ingat aku orang pertama yang tahu ini cerita , rupanya aku yang lambat dikhabarkan berita , rasa sedih pun ada juga , tapi bila dia bagi tahu tentang perkara sebenar , aku faham seketika, bukan semua perkara aku perlu jadi orang pertama , janji dia sudah cerita , itu juga aku rasa lega
Sebulan mereka memulakan cerita , sebagai sebuah pasangan yang indah , mulanya aku rasa tak selesa, kerana dia tak lepak dengan aku sudah , banyak masa yang mereka luangkan bersama , aku hanya melihat sahaja , berharap ini bukan hanya sementara , tapi kebahagian mereka untuk selamanya .
Dah abis juga kertas spm rupanya , kerja sampingan lepas spm , aku dan dia berbeza tempat kerja , dia delivery food katanya ,aku fotocopy kertas rutin harian aku , RM 400, kira syukur alhamdulilah ,hasil titik peluh sendiri memang tidak ternilai harganya . Lama tak jumpa , aku bertanya tentang cerita cintanya, biasalah , abis spm jarang jumpa, sehingga melajutkan pelajaran keluar negeri.
Perjalanan cinta mereka macam air , itu sahaja yang kawan cakap bila aku tanya dia , aku berharap itu semua benar belaka ,rupanya indah khabar daripada rupa.Hubugan mereka diambang derita , masing-masing tak mahu mengalah , kerana ego punya angkara , cerita nie aku tahu dari rakan sekerjanya, aku hanya diam tanpa kata . Ternyata dalam air ada keruh rupanya. Aku dan kawan terpisah selamanya, tanpa sebarang berita , aku cari dimana sahaja ,tak kira laman sosial mana,semua aku "search" nama dia, tapi hampa terasa.
Akhirnya , berjumpa secara tidak sengaja , disalah sebuah restoran kegemaran kami berdua , nampak perubahan yang ketara keatas dirinya , Berpurda menutupi wajahnya , aku tak terkata apa-apa , lalu aku bertanyakan khabaranya , berharap semua baik-baik saja, rupanya kandas di jalanan, hubugan cinta mereka berdua . Ceritanya, cintaya di khianati , mula-mula dia sukar menerima , memujuk kekasihnya supaya kembali kepadanya, hampa terasa sedih tak terkata , di khinati cinta yang lama terbina dengan mahligai yang indah, kini punah semuanya dengan sekelip mata , sukar untuk merelakan , aku tahu dia mampu lakukan cuma ambil masa yang panjang , sebab itu dia meghilang ,mencari keredhaan tuhan , kerana dia tahu tuhan punya seribu hikmah dari kejadian.
Banyak yang merubah dirinya kearah kebaikan , mendekatkan dia lebih kepada tuhan , dia hanya berdoa , semoga kekasihnya menemui kebahagian , didunia dan akhirat , dia bersyukur keatas tuhan , banyak hikmah disebalik kejadian , kini dia lebih mendekatkan diri pada tuhan , kerana dia rasa tenag , aku kesal dengan lelaki itu , kerana sudah mensia-siakan rakan ku , kalau dia di depan mata ku , sudah ku mahu langgar sahaja dia, tapi aku tahu itu takkan terjadi , hanya khayalan ku yang tinggi , tapi jika suatu hari aku temuinya , tahu la apa aku mahu buat padanya , besar sungguh hatinya , tabah sungguh jiwanya , hai teman semoga kau jumpa yang lebih baik daripadanya , yang memimpin kau hingga kesyurga..:)
p/s : kawan! kau seorang yang cukup tabah ,tiada cinta yang hakiki melainkan kasih tuhan
yang abadi,,(",)

Sabtu, 10 November 2012
17..bye!
18 usia yang bakal aku alami, alam dewasa ku selami, takut tak dapat diikuti dengan baik sekali,risau sehari menghayal apa akan terjadi nanti.
Hari ini hari pertama aku buka blog, hari permulaan untuk ak blogging,
awalnya aku tak ingin, tapi lihat kawan-kawan asik dengan blog,perasaan ingin merasai ada blog sendiri , akhirnya aku buat untuk pertama kali.
Blog dah macam diari,tapi orang bole ikuti,,ingatkan nak simpan saja perasaan dalam hati,
tapi tak sampai hati nak siksa hati, akhirnya aku ugkapi juga malam ini.
Esok aku ada paper bahasa melayu kertas satu, tapi aku masih terpaku,buat macam tak tahu,harapan mak bapa tinggi dekat aku,biasalah aku anak yang satu dalam rumah ku,abang dan kakak dah tinggalkan aku,biasa dah ada keluarga baru,tinggal aku mak bapa,dan ikan aku,nama ikan aku nemo..
Usia 17, bakal aku simpan dalam kotak ingatan.memang banyak pengalaman yang harus aku simpan, esok-esok boleh aku kenang. tak mahu terbuang begitu saja, boleh juga ku kenag untuk mengisi masa lapang.
Ceritera ku usia 17 tahun dah nak sampai di penghujung jalan.Usia 18 tahun sebagai peneman untuk setahun yang mendatang. Harapanku untuk usia ku yang 18 tahun kejap lagi nak datang,
semoga kita kan terus berkawan, walaupun kau hanya teman kan aku untuk satu tahun kan datang,jadi ku harapkau jangan macam-macam.Eihh..dah ada yang ucap salam ulang tahun dengan aku...(Sharifah Suraiza)..u are the best one.heh, ...walaupown belum masanya lagi you are the first one.
Syukur ke atas mu ya ALLAH,engkau telah panjangkan usia ku..
HERMAH BINTI NORDIN SELAMAT DATANG KE 18XXXX!..HAAH!..18TAHUN ....
kalau ada apa-apa mesti ada di pampang 18xx..SO, maknanya dah bole la...(hahaha, ketawa jahat)
* SYUKUR KEATAS MU YA ALLAH,ENGKAU PANJANGKAN JUGA UMUR HAMBA MU INI...
Langgan:
Catatan (Atom)