Rabu, 14 November 2012

Tentang K.I.T.A


Aku , dia , dia , dia, dia ,dia , dan dia , itu lah gambaran aku dengan mereka . Selalu bersama  walau ke mana jua . ketawa bersama , menangis bersama , kami pernah bersumpah nak berjaya sama-sama .

Orang-orang sekeliling cakap kami "GENK AYU " , kadang-kadang kami menagguk dan tersipu malu, walaupun mereka tak tahu, yang kami ini sebenarnya bukanlah ayu , tapi kami memang pemalu.

Iyma , Jusma  , Leya , Suri , Ati dan Dang ,  itu nama manja diorang , Kami selalu guna nama SANZ, untuk nama dihadapan , itu tanda kasih  dan sayang. Mereka sangat tabah , mengharungi macam ceritera di usia muda , ada suka dan duka , ada sedih ada gembira , semua bercampur mesra dilalui bersama-sama.

Bukan semua orang suka kami , tapi kami  percya ramai orang yang sayang kami. Kadang-kadang merasa dunia  ini milik kami , tapi hanya mimpi  , kerana pencipta hakiki empunya bumi.  Tapi kami bersyukur kerana singgah di bumi ini . Dan saling kenal megenali.




Ceritera kami baru nak mula , yang tadi hanya mukaddimah ,untuk tunjukkan yang kami selalu bersama .

"KAMI ", itu la kata pengikat hubugan persahabatan  diantara kami  , banyak maksud yang disimpulkan dalam perkataan tadi . Antaranya keiklasan hati kami untuk saling melindungi .  Dan bermacam lagi  . Kami kawan bukan hanya sehari semalam ,  tapi dari  tingkatan satu sampai tingkatan enam , dan  sehingga sekarang , Cuma  kami berlainan aliran . Ada yang  budak sains dan ada yang kemanusian . Tapi itu bukan satu penghalang untuk kami terus berkawan .


Kegembiraan dan kesedihan di kongsi bersama . Berbincang dan bertukar pendapat itu yang utama . Walaupun kadang-kadang  perasaan sukar untuk  di  fahami ,  berkongsi  adalah cara untuk kami selami,  dalami dan cuba untuk sama - sama mengalami . Pendapat selalu   diunggkapkan supaya tiada yang tersesat dalam permasalahan. Sama ada masalah cinta dan perasaan  atau masalah yang berlainan.


CINTA tidak pernah jauh dari kami . Selalu menghampiri dan cuba mendekati ,tapi cinta tak pernah kami cari .  Kami tak mahu disakiti , dan kami percaya cinta yang hakiki adalah cinta yang abadi yang akan datang sendiri .Dan dia pemilik tulang rusuk kiri kami.



*BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan