Rabu, 23 Januari 2013

Kosong

!!ceritera!!

Kosong , kosong , dan kosong , kau buat aku rasa macam kosong , kosong aku rasa , kosong dan kosong , itu yang aku rasakan sekarang , kau pergi tanpa pesan , kau tinggalkan aku seorang , aku tercari-cari kemana kau pergi , kau buat aku rasa kosong.!!!




p/s : kau buat aku kosong

Ahad, 13 Januari 2013

Aku sahabatmu 1

!!ceritera!!

Kau dan dia ,  kawan sekian lama selalu kemana , seiring sejalan bersama , ada mata yang memerhati , seolah-olah tidak puas hati , mengata lagi sudah pasti , tapi kau dan dia tidak peduli , mereka anggap itu macam biasa. 

Rapat sehingga kini , rapat macam magnet ,rapat dan sangat rapat, kau dan dia sudah seperti pasangan , dan pasangan itu persahabatan. Kau cuba pertahankan ,tapi cinta yang meleraikan , itu si dia fikirkan.

Masuk restoran kau dulu yang pesan , sekali untuk si dia yang kau sayang , Nasi pataya milo ais itu yang dihidangkan , kerana itu makanan kegemaran . Dia guna , kau pun guna, memang itu yang kau inginkan macam satu pasangan , dia cakap baju persahabatan , tapi bagimu baju yang penuh makna, pasangan bukan persahabatan , tetapi pasangan till jannah yang kau katakan.

Kau suka dia  , sejak dibangku sekolah , tapi kau pendam sahaja , akhirnya terlepas sudah , kerana hatinya sudah dimiliki , oleh seorang lelaki yang gagah dan berani , rupanyan kawan kau sendiri ,  dan kau lelaki pencundag sahaja ,

 Caranya kau hilangkan diri ,  ingin tenagkan hati , kau pergi  dan terus menyepi , kau kata ingin mencari kebahagian diri. sebelum kau pergi kau tinggalkan sekeping nota hati.

"Semoga engakau bahagia  dengan dia , kau bahagia aku juga bahagia , ingat when never you are i always pray for you , semoga ceria selalu"
-aku sahabatmu-

#sory entry kali ini jiwang saja , bersambung........

p/s :Cinta bukan untuk dipendam , tapi untuk diluahkan..






Jumaat, 4 Januari 2013

Mahu mu apa ?

!!ceritera!!

Satu bulan , 14 hari , 10 jam 19 minit 36 saat aku bergelar mahasiswa , ya mahasiswa di sebuah universiti terkemuka , Universiti pendidikan slogan utama , yang membawa aku ke dunia yang penuh dengan pelbagai ceritera , dari awal aku pertama menjejakkan kaki , dan sehingga kini, banyak yang aku pelajari.

Satu bulan , 14 hari , 10 jam 20 minit dan 12 saat , aku meningalkan arena tingkatan enam , peringkat yang mencabar dibangku sekolah , peringkat yang penuh dengan suka dan duka , banyak mengajar aku erti persahabatan , ya persahabatan yang sehingga kini aku sentiasa mengingati nama sahabat-sahabat ku .

Satu bulan ,14 hari , 7 jam 45 minit , tadi ada seorang yang tidak perlu disebut namanya , bertanyakan keadaan ku disini, alhamdulilah aku baik-baik sahaja , itu yang pantas aku perkatakan , serius aku baik-baik sahaja disini , bertanyakan ku seolah-olah dia wartawan 999 dan aku merupakan kes jenayah , belum sempat aku jawab soalan yang diajukan sudah dengan soalan lain  , aku berfikir sejenak , apa yang dia mahu sebenarnya ?





Keluar tingkatan enam jalan yang terbaik , itu soalan utamanya , ku tarik nafas perlahan -lahan , cuba bersabar dan cuba berfikiran positif , bagi ku dia hanya inginkan pandangan ku , tapi kalau ada maksud sebaliknya wa'allah hu alam.


"Refresh " semula , sewaktu ditingkatan enam , seorang guru ku perna berkata kepada ku,

"Yang penting kau tahu , apa yang kau mahu ,dan bila sudah kau buat keputusan , jangan pernah kau sesali ,  kerana APA YANG KAU BUAT ITU YANG KAU MAHU "

Masih segar diingatan ku , jadi kepada hamba allah yang bertanyakan soalan tadi , itulah jawapan ku.





p/s : yang penting , tahu apa yang kau mahu..(",)