Jumaat, 4 Januari 2013

Mahu mu apa ?

!!ceritera!!

Satu bulan , 14 hari , 10 jam 19 minit 36 saat aku bergelar mahasiswa , ya mahasiswa di sebuah universiti terkemuka , Universiti pendidikan slogan utama , yang membawa aku ke dunia yang penuh dengan pelbagai ceritera , dari awal aku pertama menjejakkan kaki , dan sehingga kini, banyak yang aku pelajari.

Satu bulan , 14 hari , 10 jam 20 minit dan 12 saat , aku meningalkan arena tingkatan enam , peringkat yang mencabar dibangku sekolah , peringkat yang penuh dengan suka dan duka , banyak mengajar aku erti persahabatan , ya persahabatan yang sehingga kini aku sentiasa mengingati nama sahabat-sahabat ku .

Satu bulan ,14 hari , 7 jam 45 minit , tadi ada seorang yang tidak perlu disebut namanya , bertanyakan keadaan ku disini, alhamdulilah aku baik-baik sahaja , itu yang pantas aku perkatakan , serius aku baik-baik sahaja disini , bertanyakan ku seolah-olah dia wartawan 999 dan aku merupakan kes jenayah , belum sempat aku jawab soalan yang diajukan sudah dengan soalan lain  , aku berfikir sejenak , apa yang dia mahu sebenarnya ?





Keluar tingkatan enam jalan yang terbaik , itu soalan utamanya , ku tarik nafas perlahan -lahan , cuba bersabar dan cuba berfikiran positif , bagi ku dia hanya inginkan pandangan ku , tapi kalau ada maksud sebaliknya wa'allah hu alam.


"Refresh " semula , sewaktu ditingkatan enam , seorang guru ku perna berkata kepada ku,

"Yang penting kau tahu , apa yang kau mahu ,dan bila sudah kau buat keputusan , jangan pernah kau sesali ,  kerana APA YANG KAU BUAT ITU YANG KAU MAHU "

Masih segar diingatan ku , jadi kepada hamba allah yang bertanyakan soalan tadi , itulah jawapan ku.





p/s : yang penting , tahu apa yang kau mahu..(",)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan