CERITERA!!!!
Ada seorang kawan lembut hatinya , tak perlu di hebahkan siapa orangnya , yang pasti dia baik budi bahasanya , Kawan dengan dia dari darjah satu dan berharap kekal selamanya. Dah macam laki bini mak aku kata , kongsi apa sahaja , tak pernah ada rahsia. Aku dan dia dah macam spongebob and patric , tapi kartun itu memang kami tak suka. .
Bila aku sedih , dia pun merasa sedih , bila aku gembira kami gelak hingga tak terkata , kadang kadang keluar air mata , kerana merasa sangat bahagia , tapi dalam masa yang sama aku tak tahu dia dihimpit derita ,dia tutup semua masalah, dengan senyuman mesra, hebat tak dia.?
Aku bercinta dia pun bercinta , tapi cintanya lebih luar biasa , cintanya sangat setia pada lelaki yang tak tahu menilai erti cinta. Ceritera cinta ku dah berakhir , dia juga di pengakhiran , tak sangka cinta yang disemai 2 tahun , di curangi dengan biasanya .Ah!...pernah terlintas di kotak fikiran , memang lelaki semua sama.tapi kenyataan itu keluar apabila aku amarah .
Tahun lalu memulakan kisah , antara dia dengan kekasihnya , aku memang tak boleh terima , jika dia dengan kekasihnya , bukan cemburu punya angkara , cuma aku memang tak suka , dengan lelaki yang sedemikian rupa . Hari berganti hari , kami sibuk dengan aktiviti sekolah , lebih-lebih lagi waktu itu piala dunia, aku dengan dia memang gila bola , tambah lagi kami pilih team yang sama , tak sangka SPAIN jadi juara . Disitu mulai kisah percintaanya , kami sibuk nak jadi modal insan yang cermelang , untuk banggakan guru dan keluarga , mereka pula sibuk diulit cinta . bersulamkan pengajian yang hampir dipengakhirannya , kerana kami budak tingkatan lima.
Berkenalan agak lama , dari tingkatan empat rupannya , aku ingat aku orang pertama yang tahu ini cerita , rupanya aku yang lambat dikhabarkan berita , rasa sedih pun ada juga , tapi bila dia bagi tahu tentang perkara sebenar , aku faham seketika, bukan semua perkara aku perlu jadi orang pertama , janji dia sudah cerita , itu juga aku rasa lega
Sebulan mereka memulakan cerita , sebagai sebuah pasangan yang indah , mulanya aku rasa tak selesa, kerana dia tak lepak dengan aku sudah , banyak masa yang mereka luangkan bersama , aku hanya melihat sahaja , berharap ini bukan hanya sementara , tapi kebahagian mereka untuk selamanya .
Dah abis juga kertas spm rupanya , kerja sampingan lepas spm , aku dan dia berbeza tempat kerja , dia delivery food katanya ,aku fotocopy kertas rutin harian aku , RM 400, kira syukur alhamdulilah ,hasil titik peluh sendiri memang tidak ternilai harganya . Lama tak jumpa , aku bertanya tentang cerita cintanya, biasalah , abis spm jarang jumpa, sehingga melajutkan pelajaran keluar negeri.
Perjalanan cinta mereka macam air , itu sahaja yang kawan cakap bila aku tanya dia , aku berharap itu semua benar belaka ,rupanya indah khabar daripada rupa.Hubugan mereka diambang derita , masing-masing tak mahu mengalah , kerana ego punya angkara , cerita nie aku tahu dari rakan sekerjanya, aku hanya diam tanpa kata . Ternyata dalam air ada keruh rupanya. Aku dan kawan terpisah selamanya, tanpa sebarang berita , aku cari dimana sahaja ,tak kira laman sosial mana,semua aku "search" nama dia, tapi hampa terasa.
Akhirnya , berjumpa secara tidak sengaja , disalah sebuah restoran kegemaran kami berdua , nampak perubahan yang ketara keatas dirinya , Berpurda menutupi wajahnya , aku tak terkata apa-apa , lalu aku bertanyakan khabaranya , berharap semua baik-baik saja, rupanya kandas di jalanan, hubugan cinta mereka berdua . Ceritanya, cintaya di khianati , mula-mula dia sukar menerima , memujuk kekasihnya supaya kembali kepadanya, hampa terasa sedih tak terkata , di khinati cinta yang lama terbina dengan mahligai yang indah, kini punah semuanya dengan sekelip mata , sukar untuk merelakan , aku tahu dia mampu lakukan cuma ambil masa yang panjang , sebab itu dia meghilang ,mencari keredhaan tuhan , kerana dia tahu tuhan punya seribu hikmah dari kejadian.
Banyak yang merubah dirinya kearah kebaikan , mendekatkan dia lebih kepada tuhan , dia hanya berdoa , semoga kekasihnya menemui kebahagian , didunia dan akhirat , dia bersyukur keatas tuhan , banyak hikmah disebalik kejadian , kini dia lebih mendekatkan diri pada tuhan , kerana dia rasa tenag , aku kesal dengan lelaki itu , kerana sudah mensia-siakan rakan ku , kalau dia di depan mata ku , sudah ku mahu langgar sahaja dia, tapi aku tahu itu takkan terjadi , hanya khayalan ku yang tinggi , tapi jika suatu hari aku temuinya , tahu la apa aku mahu buat padanya , besar sungguh hatinya , tabah sungguh jiwanya , hai teman semoga kau jumpa yang lebih baik daripadanya , yang memimpin kau hingga kesyurga..:)
p/s : kawan! kau seorang yang cukup tabah ,tiada cinta yang hakiki melainkan kasih tuhan
yang abadi,,(",)
hahha , CINTA YANG SEMPURANA..--> MERANA!
BalasPadam