Selasa, 18 Mac 2014

Kipas itu Berbunyi .

Bismillahiahmanirahim .. 



Kita berpimpin tangan , untuk bangunkan diri dan orang sekeliling . Love you Fillah 





" Kipas itu ada bunyi ke ?pernah dgr bunyi kipas ??bila ?? sebelum nie ?? bila ?? 
sebelum nie ??bila ??"  - Iman Farhana


Ayat itu mematikan ku , diam seribu bahasa ,bukan diam tanpa kata tapi diam biar hati berbicara . 15 minit terperap dalam bilik , kipas berputar pembuka kata untuk kami yang hanya diam 15 minit lamanya . Masih tanpa kata hanya senyuman yang terukir di wajah . 

Tidur ? iya baru bingkas bangun dari tidur . Itu dia baru sahaja bangun dari tidur ,Mengapa tak kejutkan tadi?Kerana aku kasihankan kan kau yang penat menelah sepanjang hari untuk exam di keesokan hari . Sungguh tiada niat dalam hati membiarkan kau tidur waktu asar tadi . Maaf , maaf dan maaf , aku lupa kerana aku lalai perhatikan kau yang penat dengan namanya dunia . Maaf dan maaf .

Aku masih tidak faham apa namanya HATI , sungguh , masih lagi berpaksikan perasaan . Jika aku ikutkan hati , aku perlu kejutkan dia tadi supaya tidak terlajak sampai ke magrib seperti ini . Aku minta maaf , aku perlu belajar lagi dari tarbiyyah yang allah bagi dari pelbagai segi . Maaf ya ukhti aku lupa lagi , berpaksikan Iman itu cukup manis sekali . Bukan perasaan dan emosi diri .

"Hati-hati , jaga HATI" . Itu kau kata tadi . Aku tutup pintu buka laluan baru tinggalkan bilik mu . Aku helah nafas yang panjang , bukan berti mengeluh cuma ingin kurangkan beban dalam diri untuk aku mencari HATI. 


p/s : Tadi kau katakan ,tentang sahabat . Aku diam dan diam , tadi kau katakan tentang sahabat lagi , aku diam lagi dan lagi .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan