Ahad, 16 Mac 2014

Nama dia Kekuatan Baginya .


!!!Ceritera!!!!

"MOHD HAPPY " itu nama dia , sekali lagi aku cakap ITU NAMA DIA , budak gemuk dan hitam manis empunya nama , kawan - kawan selalu ejek dia , kadang-kadang aku juga join sama , panggil dia seperti yang aku dengar , tapi itu hanya sementara , kerana aku mula perasaan sesuatu tentang dirinya .

Happy sahaja , bila aku lihat dia , tak pernah rasa sedih punya , aku rasa ini mugkin pembawaan nama , boleh jadi juga , aku hanya lihat sahaja gelagat seterusnya , kerana aku dahulu duduk tepi meja dia , aku dengan dia hanya kawan begitu sahaja , tidak rapat seperti Hafiz dan Mirham ,yang selalu membela .

Aku selalu perhatikan apa sahaja yang dia buat , sekali aku rasa seperti detektif pula , macam FBI pun ada , tapi entah kenapa , perasaan ingin tahu itu sangat tinggi terhadapnya , macam ahli arkeologi  yang  mencari-cari sesuatu untuk tatapan pelajar di buku sejarah .

Orang cakap dia pelik , iya memang pelik , aku akui itu sendiri , bila orang ejek dia buat cool sahaja, setahu aku pada umur sekolah rendah bila kena ejek ,sibuk mak bapa jadi pembela , yang dia hanya senyum dan tertawa. Memang pelik dan sangat luar biasa.

Lama aku perhatikan dia , sampai satu masa aku dekati dia dan tanya tentang persoalan yang bermain di minda , yang penuh dengan tanda tanya , yang masih mencari jawapan dengan seribu persoalan yang di balas hanya dengan satu senyuman sahaja . Aku pelik dan tidak mengerti , Allahurobbi . Betullah nama itu pembawa kita , dari nama yang bermaksud itu boleh jadi bahagian dari diri kita . 

 p/s: Mohd HAPPY , lepas nie aku takkan tanya kau lagi . 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan