Khamis, 15 November 2012

En. Kedah!



!!!ceritera!!!


En. Kedah! , itu gelaran aku panggil untuknya ,  sebab dia berasal dari kedah, lagi pun awal mulanya aku tak tahu nama dia , aku dengan dia rapat sejak setahun yang lalu , bila dia tunggu result spm aku pula tengah prepare duduk exam spm pula , awal mula kisah aku dengan dia waktu dia sibuk usha aku di alam maya , sebab aku pergi like picture anime dia , entah tiba-tiba aku masuk dalam group animle pula , ini semua kerjanya,  oh aku lupa dia pencinta haiwan rasanya , sebab suka sangat post kucing yang comel-comel , aku like saja la.


Tak perlu la bagi mention nama dia , nanti dia kembang setingkat pula , sebab entry kali nie untuknya, waktu aku buat entry nie , dia pun sibuk mesej aku, biasa cuti maal hijrah katanya, kelas pun mula esok rasanya , aku agak saja. Cuaca dekat sini macam nak ujan saja , aku rasa nak tidur pun ada , tapi kalau dia tahu aku tidur petang mesti dia marah .


Dulu aku tak rapat sangat dengan dia , mesej pun dua tiga sahaja  , hanya ucap salam , lepas tu menghilang , tapi dia selalu ada bila aku perlukan , entah kenapa datang bila aku seru dan macam hantu , tapi dia cool orangnya , tak da apa-apa itu la ayat dia bila aku tanya .


Sekarang dia study dekat poli , poli perlis katanya , aku iyakan saja sebab aku tak pernah pergi sana , tengok dalam tv saja , kejuteraan ict kos dia dekat sana , aku tak tahu itu benda apa , tapi aku harap dia berjaya INSYALLAH. Sebab dia kata tinggal dia seorang lagi yang belum berjaya , semua abang dan kakaknya dah ke menara gading katanya . Dia anak bongsu anak mak aku kata , itu saja la ayat yang boleh aku kenakan dia , dia hanya ketawa tapi itu sudah cukup buat kami bahagia.


Banyak cerita aku dan dia kongsi sama-sama , kehidupan aku dan dia tak kurang hebatnya, dia ank peneroka dan aku anak penjual sayur sahaja, tapi itu tak jadi masalah , kami tetap bersama. Dia jarang kongsi masalah , aku sahaja yang selalu bercerita dia hanya menjadi pendengar setia dan memberikan nasihat yang berguna , untuk aku handle masalah yang ada,kadang-kadang aku rasa dia macam penyelamat sahaja, bila aku perlu dia datang dengan segera. sebab tue aku tak mahu dia dengan siapa-siapa , sebab aku tak mahu kehilangan dia .
 

 Aku keluar dari uitm sebab ada masalah , dia juga yang bagi semagat untuk aku terus belajar, dia kata dekat mana-mana belajar kalau nak berjaya  , berjaya juga tak kisah berada di mana, yang penting ada kemahuan pasti ada jalan, itu la kata-katanya untuk aku simpan di dadah buat penguat untuk aku belajar semula.


Jujur aku dengan dia sangat rapat , ke mana saja kita inform walaupun kadang- kadang tak perlu , tapi tetap bagi tahu , sehari tak mesej macam tak biasa  , itu aku kata . Selalu tercari-cari , Kawan-kawan aku kata dia ny baik orangnya , tengokla dengan siapa dia berkawan aku gelak sahaja, aku dengan dia dah macam satu pasangan . tapi kami hanya kawan. Diakata aku punya picture kat alam maya macam najwa , tapi dia kata macam yuna juga , aku gelak saja ,
 

*Lagu ny tuk koe seorang sahaja......:)






 

 p/s : Kawan yang selalu mendukung aku , walaupun kau jauh , aku tetap sayang kau.

4 ulasan: