Jam menunjukkan 0203 pagi , aku terkejut dengan nada dering dari telefon aku , telefon yang memang tengah nazak , tapi masih boleh digunakan, ramai yang suruh tukarkan kepada yang lebih baik , tapi aku rasa belum masanya kerana , aku masih perlukannya , banyak kenangan dari telefon berkenaa.
Aku gembira bila aku buka mesej . Datangnya dari seorang rakan , yang tak lama dulu aku kenal tanpa disengajakan , tapi kawan yang tak perna lupakan aku , itu yang aku tahu , kerana setiap apa yang berlaku , semestinya dia bagi tahu aku , tidak kira buruk atau baik , semua dia kongsi dengan aku.
Syukur , itu yang aku balas mesejnya , akhirnya rezeki memihak kepadanya , rezeki yang sudah lama dia nantikan , sambung masuk belajar ke IPT sudah lama dia dambakan , sabar dia menungu untuk sambung belajar , keinginan ingin sambung belajar itu sangat tinggi , apa sahaja borang dia isi , dia kata peluang jangan dilepaskan , swasta pun sama. itu yang dia kata .
Aku respect satu benda dengan dia , dia tidak pernah putus asa , untuk sentiasa mencuba , tidak kira apa yang menimpa , sama ada diterima atau tidak dia tetap mencuba , akhirnya dia dapat juga.
p/s : Tahnia kawan , belajar baik-baik ..insyaallah , kita jumpa juga..selamat berjaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan