Ahad, 9 Disember 2012

Sayang sungguh

.!!! ceritera!!!

Lama sudah aku tak tahu beritanya , hampir sebulan rasanya , entah dia bagaimana, serius aku rindu dengan dia..makan kahjuga dia , gembira kah juga dia. aku harap begitu lah . harap sangat-sangat semoga itu benar belaka.

Aku teringat saat mula aku jumpa dengan dia , di pasar minggu rasanya , bersama kawan aku jumpa dia , tidak tersengaja pula , terus berkenan sahaja , boleh juga ada perasaan begitu , indah sungguh aku rasa pada masa itu , saat aku jumpa dia , aku sudah berikrar akan jaga dia , sampai bila-bila , aku akan selalu bersamanya, takkan terpisah.

Siap waktu dulu aku siapkan dia tempat untuk dia , aku tak mahu ada orang gangu masanya , buar dia rehat tanpa d kacau oleh sesiapa , aku selalu belai dia dengan penuh manja , kadang orang iri hati tengok aku dengan dia , peduli la sana , yang penting aku dengan dia bahagia, itu yang aku kata ,

Comel sahaja aku lihat dia , segak dengan penampilannya , kemas sahaja , aku selalu terpaku melihatnya , hanya dia sahaja , aku tertawa bila ku ingat semula, tapi kini aku dengan dia terpisah jauh melintas lautan .Jauh dari pandangan , aku mahu bawa dia bersama tapi ada yang tidak merelakkannya , tapi aku harap dia baik-baik sahaja.

p/s : Dear my ikan."MR MIEMOR..tunggu aku balik ya >? rindu kau heheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan