!!ceritera!!
Menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang bagi ku masih terpelihara daripada pembangunan , yang masih banyak burung mampu berkicauan , masih mampu ku lihat betapa indahnya gunug-ganag , ciptaan yang Maha Kuasa empunya Bumi ini . Ku jejakkan kaki dan jauh dari keluarga buat kali kedua , dek kerana pergi mencari ilmu di dada , dan mencapai kejayaan yang diimpikan oleh semua orang .
Sebulan lebih aku sarungkan kad matrix universiti , bermakna sebulan lebih juga aku bergelar mahasiswa disini , banyak perkara yang aku belajar , banyak mengenai erti kehidupan yang penuh cabaran , cabaran aku jauh dari keluarga , cabaran hidup di tempat orang , cabaran mengenali orang , berkawan dan segala macam.
Aku mula berjalan-jalan ke pekan sekitar sini , dengan tujuan mencari senaskah al-quran , seharian aku berpusing-pusing mencari kedai yang ada menjual al-quran ,setiap sudut aku pergi , malangnya tiada aku temui , aku mulai binggung , mulai merasa aneh dan pelik , tapi aku terus berfikiran positif , "mungkin ada" ,tapi rasanya aku terlalu penat , aku patahkan semagat pencarian ku untuk hari ini.
Tiga empat kali aku pergi ke pekan itu semula , mencari lagi dan terus mencari , tapi iyanya tetap sama , tetap tiada ku temui ,timbul di hati terlintas difikiran tentang soalan yang dahulu , adakah aku perlu berfikran positif lagi , atau aku terus menilai daripada apa yang aku rasakan kini ,
Aku tidak mahu tergopoh gapah dalam membuat keputusan dan spekulasi lebih-lebih lagi melibatkan hal sebegini , aku perlu tanya dengan orang sekitar disini , rakan-rakan yang asalnya dari sini . Awalnya aku memulakan bicara dengan bertanya , tentang hal berkenaan , jawapan yang diberikan seperti yang aku duga , sememangnya tepat , lalu aku memulakan pertanyaan tentang dimana kebiasnnya al-quran mereka temui , jawapan yang aku terima , mereka beli di "IBU KOTA" , sekali lagi aku highlight "IBU KOTA" .
Ibu kota ? itu yang bermain difikiran ku , dari sini ke ibu kota memakan masa 2 jam , itu menurut rakan yang asalnya disini .Aku binggung dan sangat binggung , mengapa tidak dijual juga dipekan ini , disini juga ada ramai penganut agama ALLAH , agama ISLAM (AD-DIN),
(to be continue)
p/s : aku masih binggung
too much to say la der
BalasPadamya derrr....
Padammahallah ~ is that true shank ? nda sangka .. jangan bingung sndiri bah .. cool ler :) imy
BalasPadamimy too sanx...hehhe , aku mugkin perlu cari2 lago..mana la taw , aku terlepas tengok
BalasPadam